Wednesday, 11 February 2015

Makanan Yang Baik adalah untuk Semua

Saya berimpian untuk memberi 1 hidangan shake herbalife kepada setiap orang di salah satu pasar malam sekitar Kuantan.

Amin...InsyaAllah... 
Sepertimana saya beritahu di post sebelum ini, saya juga amalkan nutrisi bersama anak-anak saudara saya. Bagaimana pula insan yang lebih berusia? Bagaimana ibu dan ayah kita?

Kenapa mereka perlukan Zat Nutrisi yang ada pada Shake Herbalife ini? Dan kenapa Shake Herbalife sangat sesuai untuk golongan yang berusia? Adakah mereka dapat menahan lapar mereka dgn hanya 1 hidangan shake ini untuk gantian sarapan pagi mereka??

Okay, saya teruja untuk berkongsi, kenapa golongan yang berusia sangat sesuai utk memberi tenaga yg cukup utk kehidupan seharian mereka.



Kandungan Shake Herbalife Hanya Mempunyai:

30% = Lemak Sihat
30% = Protien Sihat
40% = Karbohidrat Sihat

GI=Glycemic Index

DI UJI GI RENDAH.

Ha... senang cerita makanan yang mempunyai karbohidrat seperti shake ini perlulah yang dapat membantu seimbangkan paras gula dalam darah di tahap yang stabil.

Jadi, jika GI TINGGI bermaksud PARAS GULA AKAN MENINGKAT PECUT dan ia juga akan turun dgn pecut jugak. Sebab itu makanan yang tinggi kandungan gula @ karbo, badan kita akan berasa lebih cepat lapar berbanding biasa.

Jika GI RENDAH pula bermaksud PARAS GULA BERADA DALAM KEADAAN STABIL. Ia menyebabkan kita berasa kenyang lebih lama. Bagus tak?? Sangat bagus kann.. 
hemm... Jadi, pasti anda lebih memahami kenapa golongan berusia juga sesuai untuk mengamalkan Shake Herbalife seperti kita.

Seperti mak dan abah saya, mereka hanya gantikan sarapan pagi biasa dgn sarapan pagi yang luarbiasa dan canggih. Sebab apa CANGGIH?? ahaaa, sebab disediakan dengashake shake shake sahaja!! So Yummy.. Kenyang Alhamdulillah..

Anda juga perlu tahu, kandungan GI RENDAH bagus untuk kesihatan jantung. Makanan yang baik adalah untuk badan yang lebih sihat dan aktif. Anda boleh buat keputusan!. Percaya pada diri sendiri dan buat pilihan apa yang anda suka.

Sebab itulah, saya selalu bayangkan yang saya sedang menghulurkan shake ini kpd org ramai di pasar malam. Bukan apa, saya begitu teruja dgn pemakanan seimbang ini. Tambahan pulak kalau kita blend dengan buah pisang dan kurma. Emmmmm.. Yummy.

Hihi.. Tapi jangan salah faham pula.. Shake Herbalife atau mana-mana produknya, memang tidak boleh dijual di kawasan terbuka mcm tu. Ianya hanya impian saya, satu hari nnt yang saya sedang mengagih2kan 1 gelas shake untuk 1000 orang . Mungkin disaat itu, anda bersama saya. Mana tau kann..

Jika anda berminat untuk mencuba produk-produk herbalife ni, anda boleh terus hubungi saya. Terima kasih kerana sudi luagkan masa.. Jumpa lagi.

Nak Cantik

Nak Sihat
Nak Aktif
Tanya Cik Wanylahh
019 931 0786 (Call/Sms/WhatsApp)

Bagaimana Bersenam 30 Minit Sehari.


Situasi 1 : Bukannya Aku tak nak bersenam, tapi (bla bla bla bla...)
Situasi 2 : Aku bersenam dengan mengejar anak2 jer..
Situasi 3 : Hari2 aku bersenam! pagi, petang siang malam xberenti keje aku tau!!
Situasi 4: (Apa situasi anda sendiri?)

Apa sahaja alasan anda, PERSOALANNYA, adakah anda mempunyai tubuh badan yang sihat?? Adakah anda gembira dengan tahap kesihatan anda sekarang? 


Saya faham ramai orang diantara kita mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, ramai yang perlu siapkan tugasan2 harian, dan ramai juga yang tidak ada masa untuk memikirkan diri sendiri.

Walaupun setiap orang inginkan kegembiraan, tapi segelintir dari kita semua, tidak berusaha untuk ke arah itu. 

Apa yang saya alami dulu, bergembira dengan orang lain adalah keutamaan, walhal apabila saya melihat diri saya di depan cermin, saya tidak gembira dan tidak puas hati dgn tahap kesihatan saya sendiri.


Salah satu  keseimbangan hidup adalah dengan mempunyai tubuh badan yang sihat. Kesihatan adalah 1 ibadah. Jika tidak bagaimana sahabat2 pada zaman Rasulullah masih boleh berperang, memegang pedang yg berat, menunggang kuda, makan dgn kuantiti sedikit dan tidur hanya beberapa jam shj sepanjang usia mereka? Ini adalah sirah yang biasa kita dgr kan.
Apa alasan kita lagi??

Harini, saya ingin berkongsi bagaimana melakukan senaman yang ringkas hanya mengambil 30 minit 1 sesi.

Sebelum senaman, warm up disarankan:
4-5 minit pertama:
Jalan Setempat 15 saat
Mencangkung @ Squad 10x 
Slow Jog 30 saat
Streching  
(anda boleh memilih rutin yang sesuai mengikut keselesaan masing2)

Seterusnya Cardio:
10-15 minit :
Menari
Ikut jer Youtube ke TV ke..
Anda akan rasa lebih happy.
Disarankan Mium Air 1 ke 2 teguk sebelum ke sesi seterusnya.

Sesi Workout
5 minit   :  
Lompat Bintang 30x
Squad @ Mencangkung 20x
Push Up 10x
Sit Up 10x
Disarankan minum Air 1 ke 2 teguk.

5minit :
Warming Down.
Boleh mula dari kaki hingga ke atas.
Lagi best kalau bukak lagu yang sentimental kann.

Okay, selesai. Cukup 30 minit. Mudah kan nk excersice. Anda perlu singkatkan waktu makan, mandi atau bersolek utk dapatkan 30 minit ini.

Senaman sebegini, jika anda lakukan 3x seminggu, dengan pemakanan seimbang yang anda amalkan, pasti anda akan dapat merasa perubahan yang berlaku pada badan anda. Jika berminat, anda boleh berjumpa dengan saya untuk dapatkan analisa badan secara percuma untuk melihat progress anda disini.

Dulunya, saya sangat stress untuk exercise, kerana waktu itu, kefahaman saya lagi bagus kita exercise lebih dari sejam. Malangnya, berat saya tetap kekal dan tidak dapat turun walaupun 500 gram. Sedih kan?

Jalan yang terbaik, fahami badan kita supaya kekal sihat dan untuk mengelakkan badan kita stress dgn tiba-tiba. Anda mungkin boleh suggestkan kpd bos di tempat kerja anda untuk menyediakan sesi senaman di sana. lebih mudah bukan. Hanya 30minit sudah memadai.

Semoga perkongsian saya ini akan memberi anda idea untuk tingkatkan tahap kesihatan anda bersama teman rapat anda.

Saya juga berbesar hati untuk menjemput anda semua menyertai sesi fitness saya di sekitar kuantan, anda boleh hubungi saya segera. FREE FREE FREE jer.. Its FREE. Yang penting anda perlu free kan masa anda yer.

tq kerana sudi membaca entry saya.

Nak Cantik
Nak Langsing
Nak Sihat
Tanya Cik Wanylahh
0199310786.                     
                            

Sunday, 8 February 2015

Boleh ker Amal Shake Herbalife Sepanjang Hidup??

Shake Herbalife sedapla tapi boleh amal sampai bila??

Kann... ramai yg tertanya2 tentang ni. Adakah shake herbalife selamat diamalkan sebagai makanan rutin?



Kenapa saya pula suka minum nutrisi ini? Sudah 3 tahun saya amalkan Nutrisi Herbalife dan saya rasa masih teruja sehingga sekarang!!.

Bagaimana pula sahabat baik saya amal nutrisi baik ini dari anak dara, dah kawin, sedang mengandung dan juga berpantang. 

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Semuanya kerana saya tahu apa yang saya amalkan. Saya selalu buatkan shake herbalife ni untuk anak2 saudara saya. Ini adalah makanan yang baik untuk mereka. Didalam 1 hidangan shake mengandungi zat buah2 an, sayur2 an yang diperlukan untuk tubuh badan mereka. 

Apatah lagi bagi kita yg makin meningkat usia, kita juga perlukan zat @ vitamin tambahan untuk membenarkan badan kita masih dapat membina sel2 baru supaya kita lebih aktif dan cantik. Betul tak?

Cuba anda kaji kandungan yang anda makan setiap hari, terutama makanan yang anda beli dari pasaraya atau kedai makan. Anda boleh tahu apa yang badan anda akan terima dengan makanan tersebut. 

Saya juga ingin berkongsi kandungan yang menarik dan bernilai daripada makanan rutin saya ini.



Wowwww!!!! YUMMMYYYYYY.....Anda bayangkan sendiri, dengan hanya 1 hidangan, berapa banyak yang badan anda terima? Berbaloi kan? 

Shake Herbalife adalah makanan untuk sel. Makanan ini akan memberi kepuasan yang sebenar dan ia membantu untuk membina sel2 baru. Dan perkara yang paling membanggakan saya adalah zat2 nutrisi ini telah dirumus khas oleh Pakar Nutrisi Antarabangsa. 

Sebelum saya amalkan herbalife saya mencari2 pelbagai supplement di luar. Tapi bukannya ia tidak berhasil. Cuma, saya rasa lebih memudahkan apabila kita dapatkan makanan yang mengenyangkan perut kita dan dalam masa yang sama, kita tidak perlu menambah supplement luar. Mudah kan!!

Badan saya akan rasa puas dan dapat memuaskan nafsu makan saya.Jika anda berminat untuk mencuba Shake Herbalife yang sedap dan mudah disediakan ini atau mana2 produk herbalife yang lain boleh hubungi saya melalui email, fb, call @ whatsApp pun boleh..

Jika anda tanya, adakah saya akan teruskan amal Shake Herbalife utk kekal langsing dan terus langsing, semestinya jawapan saya 'YA'.

Dengan amalan shake herbalife setiap pagi dan selepas sesi workout, ia membantu saya untuk membaiki sel2 yang sudah hilang sewaktu workout dan ia juga dapat membina sel2 baru untuk membentuk tubuh badan idaman. ANDA juga LAYAK MEMBUAT PERUBAHAN!!

Saya sudah membuat keputusan untuk ambil Nutrisi Herbalife sebagai makanan rutin saya. Anda Bagaimana? 


Nak Cantik
Nak Langsing
Nak Aktif
Tanya Cik Wanylahhh

0199310786 (WhatsApp @ Call)

Wany Hasan (FB)
8020 Fit Club Kuantan (Page FB)

Saturday, 7 February 2015

Jom Makan Nasi Untuk Jadi Lebih KURUSSS!!

Takut lah... Nasi tu buat saya GEMUKK
Saya Tak Nak Makannnn!!! 
Ishhh...Terliur Aku, Tengok Budak Tu Makan Nasi Kat Warung Depan!
Taknak Nasi!!


Adakah anda sedang menahan lapar? Atau anda sedang elakkan nasi?


Ramai dikalangan kita yang salahkan nasi untuk berdiet kerana ia adalah punca kegemukan. Memang ada yang berjaya kerana sanggup tidak menyentuh nasi 4 ke 6 bulan. Tapi, persoalannya adalah:

Adakah benar nasi itu menggemukkan??
Dan sekiranya anda telah mendapat hasil dengan cara sedemikian adakah anda tidak akan menyentuh nasi seumur hidup anda??
Dan kenapa pula saya sendiri dapat TURUN 10KG berat badan dengan MAKAN NASI SETIAP HARI??


Sebenarnya, nasi adalah karbohidrat sederhana yang mampu beri tenaga pada badan kita walaupun dalam masa yang singkat. Boleh dikatakan juga makanan yang mempunyai karbohidrat juga mengandungi kandungan gula. 

Oleh sebab itu, makan nasi tiada masalah menggemukkan, TAPI makan nasi yang berpinggan2 itu adalah masalah ANDA SENDIRI!!

Apa saiz makanan untuk anda sendiri? Sebenarnya, kita boleh mengukur saiz setiap makanan yang sepatutnya kita amalkan sepanjang hari. Lihat gambar rajah di bawah.

Tangan kita sebagai ukuran.

Senang kan!!! Ikutlah saiz tangan masing2. (Jangan guna tangan ayah kita pulak!). Saiz nasi untuk sekali makan atau 1 hidangan nasi adalah SEBESAR PENUMBUK TANGAN SENDIRI. Sangat senang untuk kita kawal berat badan jika kita ikut ukuran yang sebenar. Kebanyakan yang salahkan nasi adalah ORANG YANG IKUT NAFSU!! hehe.. sory kalau terasa yer. (sebab saya pun dulu mcm tu). Ngeh Ngeh... Saya sanggup xmakan nasi, tapi bila tengok roomate pun makan, Haish... tak jadi diet nasi. kihkihkih.

Bagi anda yang menyerupai saya dahulu anda boleh lihat cadangan dibawah.
Ini Cadangan saya bagi sesiapa suka makan nasi!! 

> Untuk Naik @ Kekal Berat Badan = Nasi 1x @ 2x Sehari (Lunch and Dinner)

> Untuk Turun Berat Badan              = Nasi 1x Sehari (Lunch @ Dinner)

*Dinner Paling Lewat 8 MALAM
*AMARAN KERAS!!! - Ukur guna tangan masing2. hehe...


Karbohidrat = Gula.. 
Oleh itu, tips seterusnya adalah jika anda ambil nasi, untuk lebih cepat turun berat, ambillah air masak sahaja. Supaya kandungan karbo dalam badan tidak berlebihan. Jika berlebihan karbo, maka lebihlah lemak anda.

Seperti saya sendiri, sebelum setengah jam saya ambil makanan tengahari, saya akan minum air masak 2 gelas (500ml). Supaya saya akan cepat berasa kenyang ketika makan nanti dan ia adalah satu cara untuk kita naikkan kadar metabolisme badan.

Anda boleh lihat kisah saya, apa kesannya apabila saya amalkan makanan yang tinggi karbo dan minum air manis dalam 1 masa disini.

Saya makan 5x sehari. Mungkin disini yang suka makan seperti saya. Apa yang saya amalkan adalah hanya ambil makanan yang seimbang setiap hari. Untuk sarapan pagi, saya akan gantikan makanan biasa kepada Nutrisi Herbalife. Ini kerana, sejak 3 tahun saya amalkan ini, badan saya tidak lagi akan meronta2 kelaparan. Zat Nutrisi Herbalife sudah memadai utk mengawal nafsu makan saya.

Sebelum makan tengahari saya akan habiskan air 1 ke 2 litre supaya toksin dalam badan saya keluar, dan dalam masa yang sama ia akan cantikkan kulit muka kita. Saya akan memilih saiz sayuran yang lebih banyak berbanding nasi. Kerana sayur yang sihat akan mencuci usus kita dengan lebih baik.

Dulu, saya sebenarnya kurang amalkan sayur, buah ataupun air masak. Alhamdulillah selepas saya mengamalkan Nutrisi Herbalife, badan saya sudah kembali neutral. Sekarang, lidah dan tekak saya lebih suka kepada makanan yang kurang berperisa dan lebihkan sayur dalam pemakanan. 

Jadi kepada anda yang ingin mencuba ubah tabiat makan dengan lebih berkesan dan yang ingin mencuba produk-produk herbalife seperti saya, anda boleh lantik saya sebagai Coach dan hubungi saya seperti dibawah.

Nak Cantik
Nak Sihat
Nak Aktif
Tanya Cik Wanylah

0199310786 ( Call @ WhatsApp @ We Chat )
Wany Hasan (FB)

Okay,  U can do it, baby!!!
Terima kasih kerana sudi luangkan membaca sedikit tips dari saya.
Take Care.

Monday, 19 January 2015

Keperluan Air (Saya Suka Minum Air)

Tak Boleh ker kalau minum seteguk 2 jer air masak?

Hihi, time dahaga jer saya minum..

Apa sebenarnya fungsi air dalam tubuh badan kita??
Apa yang berlaku jika kekurangan air dalam badan manusia??

Selalu kita dengar bahawa keperluan air dalam tubuh badan manusia ialah 2 litre atau 8 gelas sehari. Ramai orang pernah dengar tentang ni kan, tapi ramai x daripada kita mencapai sukatan ini setiap hari??

Kita perlu memahami keperluan badan kita sendiri, Sbb lain orang lain aktivitinya, lain orang lain tabiatnya. Betul x?? 60% badan kita mengandungi air. Pentingnya air dalam badan kita adalah untuk membuang toksin dari badan kita. Sbb tulah, ada orang selalu pening kepala, sakit perut, badan selalu penat, kaki lenguh2 dan tak larat.. Punca utamanya sebab kurangnya air masak yg kita minum.

Dehidrasi Dan Soalan-soalan Lazim

Dehidrasi merupakan situasi di mana badan kita kekurangan air. Dan ianya boleh memudaratkan kesihatan sekiranya dibiarkan berlarutan. Keadaan pening, keletihan, mudah marah dan bibir kering adalah di antara tanda-tanda yang paling ketara apabila seseorang sedang mengalami dehidrasi tahap pertama. Manakala keadaan yang lebih teruk sehinggakan ke tahap berlakunya kekejangan otot, tekanan darah yang rendah, pengsan, kadar nadi yang lemah disertai dengan pernafasan tercungap-cungapyang boleh membawa kepada serangan penyakit jantung.


Wanita Mengandung & Selepas Bersalin
 X


 √
Amalan pantang selepas bersalin antara sebilangan masyarakat Asia yang menghadkan pengambilan air kerana ianya dipercayai akan mengembangkan sistem peranakan dan urat.
Wanita yang mengandung mengalami laktasi dan memerlukan pengambilan air yang banyak. Pakar kesihatan menyarankan bahawa wanita mengandung patut meningkatkan pengambilan air purata kepada 10 gelas (2.3 liter) sehari.Ibu yang menyusukan anak pula perlu minum sebanyak 13 gelas (3.1 liter) sehari. Pengambilan air seharusnya secara berperingkat dan bukannya sekaligus.
Waktu Puasa
 √
Dehidrasi ketika berpuasa juga sering berlaku dan boleh membuat kita rasa letih dan kurang peka, oleh itu pengambilan air yang mencukupi ketika sahur dan ketika waktu berbuka puasa adalah amat penting.
Demam, muntah & Cirit-birit
 X

 √
Pengambilan air yang banyak sekaligus bagi mengelakkan dehidrasi selepas demam, muntah-muntah atau cirit-birit.
Pengambilan air seharusnya dilakukan secara berperingkat dan berterusan untuk memastikan badan kita tidak mengalami dehidrasi.
Selepas Senaman & Aktiviti Fizikal Lasak
 √
Pengambilan air yang lebih wajar berikutan dengan senaman atau aktiviti fizikal bagi menggantikan air yang telah hilang melalui peluh. Ekstra 600 mililiter air harus diminum terutamanya selepas aktiviti fizikal sederhana. Walaubagaimanapun, keperluan air adalah berbeza bagi setiap individu dan ianya bergantung kepada kuantiti peluh yang telah dihasilkan, jenis, tempoh, dan intensiti senaman yang dilakukan.
Secara umumnya, sebelum melakukan aktiviti kecergasan, sebanyak dua gelas air wajar diminum dahulu supaya ianya menampung peluh yang bakal dihasilkan. Senaman bagi tempoh yang lama atau berterusan memerlukan minuman isotonik untuk menggantikan air dan sodium yang hilang.
Semasa Menaiki Pesawat
 X




 √
Semasa kita berada di ketinggian altitud yang melebihi 2,500 meter boleh mencetuskan pernafasan dan pembuangan air. Kebanyakkan individu seringkali mengabaikan perasaan ini dan berasa bimbang dan malu untuk menggunakan tandas di atas pesawat. Justeru, mereka turut mengurangkan pengambilan air.
Kita seharusnya sentiasa mengutamakan apa yang baik untuk kesihatan dan tidak perlu mengabaikan perasaan untuk menggunakan tandas ketika berada dalam pesawat. Pengambilan air secara normal adalah wajar bagi mengelakkan keadaan dehidrasi

                                                          Rajah ini diambil dari laman web Yayasan Buah Pinggang

Kita perlu mengambil air secukupnya utk tubuh badan kita. Tak bagus apabila kita hanya makan makanan yang tinggi kalori tetapi kurang mengambil air. ini akan menyebabkan buah pinggang kita semakin lemah. Ini fakta, setiap 25kg berat badan kita perlukan 1 litre air. jika berat anda 60 kg=2.5 litre. U can do it and U must believe it!!

Ingat, air masak adalah sumber penting untuk tubuh badan yang sihat. Pernah tak kita tgk orang yg berumur dari kita sakit dan berbaring. Kita akan cakap "biasalah sakit org tua". Betul kan? Please lah, kalau kita tua nnt kita nak ke sakit mcm tu?? InsyaAllah, Jika kita menjaga tubuh badan kita mulai skrg, kita pasti sihat dan bugar. Aminn.

Berapa umur anda sekalipun, kita perlu jaga kesihatan organ dalaman badan kita mulai sekarang. takkanlah kita nak mewarisi sakit sepertimana nenek dan atuk kita, atau maka dan ayah kita kan. Padahal semua tu kita boleh elak jika amalkan Gaya Hidup Yang Sihat dan Aktif.

InsyaAllah, rezeki Allah luas, Kesihatan adalah Rezeki yang sangat penting. Betul kan?.. Pabila kita berusaha, kita sendiri yang dapat.

Nak Cantik, Nak Fitness
Pm sayalah Cik Wany Hasan
0199310786 (wassup @ call)
Im Ur Personal Wellness Coach.

3 Tahun Sebelum Aku Kenal Herbalife (Fasa 2)

Bismillah..

Terima kasih, kerana sudi luangkan masa utk aku share tentang Lifestyle aku dgn Herbalife.

Alhamdulillah, dah lama sgt xupdate, nak citer tentang apa yang aku buat selepas dapat hasil fizikal dan kesihatan aku. Aku suka hidup aktif dan bebas, buat sesuatu kerja yang akan menerujakan aku. Yang ni pun, aku belajar dalam Akademi Herbalife. Untuk menarik kegembiraan dalam hidup kita, kita dulu yang perlu gembira dgn setiap apa yang kita lakukan... Amin Ya Rabb..

Okay, permulaannya aku dah mula fokus dan teruja jadi Fitness Coach Herbalife. Bermula bulan puasa 2013, aku dan team dah wat program RBTC (Ramadhan Body Transform Challenge). Kami ambil gambar peserta, kami lakukan Analisis Badan kepada mereka. So, pada Malam Perasmian, kami raikan mereka semua. Hampir 100 orang yang menyertai kami. WOW!!!

Atul, salah seorang peserta yg tekad
utk Turun Berat Badan
Haa.... dorang ni hebat2 tau. 2 orang diantara mereka,
dh dpt hasil, then dorang terus bukak fitness sendiri. Hebat kan.
Tadaa.. Atul dh dpt hasil. Baju Raya 2014 Saiz S tau.
Tahniah Atul!!!

Alhamdulillah, dalam masa yang sama aku sentiasa dapat penghargaan dan sertai jurulatih aku pergi belajar sambil melancong dengan hasil usaha sendiri. Kami juga selalu meraikan kejayaan kami dengan buat Majlis Makan Malam Bertema.. Siapa xsuka makan??? ha.. Makan mewah sekali sekala, bukan hari2.. So, jom raikan diri kita.. hihi..
Ini antara Majlis Makan Malam Bersama Jurulatih
Kebugaran Herbalife yang lain..

Ini antara 2 negara yg dah aku jejaki.. Alhamdulillah.

Alhamdulillah.. tq Allah, tq Herbalife.. Aku dapat pergi melancong paling kurang 2x setahun. Untuk tahun 2015, belum tahu tempatnya dimana. Memang betul, ilmu Allah luas, setiap perkara yang kita lihat di tempat yang baru akan beri keyakinan yg mendalam utk diri kita sendiri.

Jika ada peluang, jom melancong bersama kami. ( Terfikir sejenak, untuk aku melancong ke Makkah suatu hari nnt bersama My Parents menunaikan haji bersama. Aminn Ya Rabb, pasti hari itu akan tiba)

Sekarang aku fokus pada Sesi Fitness. antaranya :
1. Naik Bukit Pelindung.
2. Running di Taman Bandar, Kuantan (Nak capai target 5km).
3. Fit Hour bersama Rakan2 Kelab Nutrisi di Taman Bandar.
4. Fit Hour bersama suri2 rumah di Chengal Lempong, Balok Kuantan.
5. Setiap 24hb, Korporat Herbalife akan buat Herbalife 24. (TERBUKA UNTUK SEMUA)

Kalau korang sudi nengok, ni gmbr2 aktvt aku skrg..
Ini Team Viper, memang fokus untuk High Intensity Workout.

Sangat fun dgn semua rakan2 baru kami.

Untuk semua peringkat umur..

Ini Korporat sediakan. Aloe + tea Free Flow.. Setiap 24hb.

Best x korang?. Ini lah Healthy Active Lifestyle yang aku impikan. So simple, So Fun and So Magical bcoz im in 1 big family. Disinilah aku dapat sokongan dan beri sokongan.

Anda boleh sertai mana2 sesi yg anda suka. Utk kesihatan yang berpanjangan, ingat formula ni.
80% Nutrisi + 20% Workout = 100% Healthy and Fitness.

Okay semua..
Tq kerana luangkan masa untuk membaca.
Salam Kasih Sayang,
Wany Hasan
Im Your Personal Wellness Coach
019930786 (Wassup @ Call)
Wany Hasan(FB)




Tuesday, 6 January 2015

3 Tahun Sebelum Aku Kenal Herbalife (Fasa 1)

Assalamualaikum w.b.t semua para pembaca.

Do u still remember?? Korang ingat lagi tak perjalanan hidup korang 1 thn lepas?  3 thn lps?  

"malas nak ingat la"

"ntah, ada apa thn lepas? "

"mestilah ingat, aku kan baru kawin"


Hmmm tak kisahlah, macam2 terlintas di fikiran kita. Betul x? Tahniah kpd korang yg rasa happy dan suka bila terkenangkan perjalanan korang 1 ke 3 thn yg lepas. tapi bg siapa yg rasa xtenang, sedih dan kecewa no problem, bagi diri anda peluang dan ruang utk buat yg lebih baik. BERI PELUANG !! 

Ok, sekarang aku nak cerita kisah 3 thn yg lepas sblm aku kenal dgn Keluarga Herbalife. Yes, byk cabaran, tapi aku rasa berbaloi.. Aku Membangunkan Keyakinan dan Tahap Kematangan Diri aku. tq Allah, tq Herbalife. 

Tadaaa...

Haa, amik kau.... ni ogos 2011.
Aku n dila( kwn diploma KIPSAS dulu).
Waktu ni aku 86kg lah.
Nampak x, memang tembun kan, pipi tembam. Sebab apa? Aku suka mengunyah, walaupun aku nk kurus. 

Apa yang aku buat, aku xmakan nasi, aku mkn kuih muih yg berjenis2 JERR.. Emmm sedapp sgt. Waktu ni juga aku xsuka minum air, takut kerap ke bilik air. Air masak xsuka, air manis pon kurang minum.  Tghari mkn skit je, pstu terus ngantuk, bangun dr tido tu, badan jadi lemah kan. So, aku g lah cari ABC ke apa bg segar blk badan (konon2 jelah, segar tang mana xtau)  AKIBATNYA, BEGINILAH RUPA PARAS DAN GAYA HIDUP AKU YANG DULU = 86 KG

Alhamdulillah.. Julai 2011 aku dijemput oleh kawan aku ke Kelab Nutrisi di Kompleks Teruntum, Kuantan. Aku ganti nutrisi Herbalife ni sbg mkn malam selama 4 hari jer.. Sbb apa, mahal.. aku pun berenti selama 6 bulan. Haha, sbb tu gambar kt atas tu aku xkurus2 lagi, sbb minum 4 hari, memang la xjadi mende kann.

Disember 2011, Ayah pada kwn aku tu belanja aku minum nutrisi, rupanya dorg sekeluarga teruskan amal Nutrisi Herbalife ni selepas aku berhenti bulan julai 2011 dulu. Hebat dorg.. Selepas hari tu, aku rasa inilah peluang utk aku berubah, Aku teruskan ganti mkn mlm aku dgn Nutrisi Herbalife. Harga dia tetap sama, tp aku blh berjimat sebenarnya, sbb aku dh xbeli supplement yg berbagai2 dekat farmasi.. Lagi murah belanja bulanan aku, lagi cantik badan aku slps tu.. 

Aku teruskan ke Kelab Nutrisi, layanan, kasih sayang, senyuman dorang sangat ikhlas dgn aku waktu tu. Aku rasa lebih yakin, aku rasa happy dan dpt berkawan dgn semua kawan@coach di Kelab Nutrisi. Tq Allah, Tq Kelab Nutrisi. 

15 Disember 2011 aku jadi Member Herbalife. Aku part time2 jer. sbb aku masih bekerja di Syarikat Terapi Elektrostatik waktu ni. Aku pun selalu sertai dorang pergi ke setiap Training Herbalife yang ada.. 

Bulan May aku ambil cuti tanpa gaji selama sebulan, sbb aku nk ikut coach aku g training seminggu ke Singapore. Bestlah, Melancong dapat dan Ilmu pun bertambah..

Ini antara Training yang aku pegi,
dgn kawan2 baru di Herbalife Kuantan.
Balik dr event Singapore tu, aku buat keputusan utk Full Time. So aku bg tau kwn2 keje aku.. Yang ini gambar aku n kwn2 keje.. Walaupun keje kami ni relax dan syiok tapi aku xnampak future aku kt sini. Selamat tinggal kawan2.. Korang memang happening, bab2 gelak sakan memang korang expert.
Masa ni dah 4 bulan Tukar Tabiat Makan dgn Herbalife.
 Dah kecik skit kan..
Then, Alhamdulillah aku fokus utk dapatkan makan lebih murah dgn Herbalife. Aku pun bekerja bantu orang lain jadi sihat dgn didik mereka ubah tabiat makan. Yeay, aku jadi Supervisor!!!

Alhamdulillah, Kami semua bekerja keras,
 then kami dah dapat makan Herbalife lebih murah. YES!!

So, selepas itu hidup aku berubah 360 darjah. Alhamdulillah, Mak Ayah aku pun memang suka sarapan pagi dgn Nutrisi Herbalife. aku lebih excited sbb mak ayah consumer yg terbaik Herbalife. hihi. Lagi senang aku nak teruskan misi ni, sbb Mak Abah aku suka Herbalife. Aku pun terus tambahkan aktiviti utk diri aku n team iaitu Fitness Session. 






Haa.. So Alhamdulillah ni lah hasil usaha, aku jaga badan aku. tadaaa


Alhamdulillah... Dulu Berat 86kg, aku belajar macam mana nk sayangkan badan aku ni. Barulah rasa seronok nk amal pemakanan yg seimbang kan. xdelah rasa stress.. Im so Happy. Tq Allah, Tq Nutrisi Herbalife. 

Apabila dh stahun in bisnes, kami dpt reward kasih sayang dr sponsor @ sahabat baik kami. Hisham ni lah jemput aku g kelab Nutrisi dulu. Dialah yg jemput kami bertiga, tqtq Hisham yg comel.. Dorang pernah tumpangkan kereta utk aku ke Training Mingguan sebab waktu tu aku br lepas excident, So fobialah nak bawak kete. tqtqtq korang. Moga Allah merahmati hidup kita semua.

Nilah geng2 aku yg sanggup berpanas berhujan,
 kami edar flyers, kami wat walk n talk..

Alhamdulillah... Habis Fasa 1.. Tahun Pertama yang sangat enjoy.. Baru nk mengenali hidup berdikari dengan mempunyai matlamat yang pasti akan aku capai.. Fasa 2, aku akan share tentang Bagaimana Aku bantu beri inspirasi pada kawan2 yang nak buat perubahan minda dan fizikal dan dimana lagi aku pergi melancong..  

tqtqtq...  Semoga Kami Semua didalam PilihanMu Ya Allah..