Wednesday, 11 February 2015

Bagaimana Bersenam 30 Minit Sehari.


Situasi 1 : Bukannya Aku tak nak bersenam, tapi (bla bla bla bla...)
Situasi 2 : Aku bersenam dengan mengejar anak2 jer..
Situasi 3 : Hari2 aku bersenam! pagi, petang siang malam xberenti keje aku tau!!
Situasi 4: (Apa situasi anda sendiri?)

Apa sahaja alasan anda, PERSOALANNYA, adakah anda mempunyai tubuh badan yang sihat?? Adakah anda gembira dengan tahap kesihatan anda sekarang? 


Saya faham ramai orang diantara kita mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, ramai yang perlu siapkan tugasan2 harian, dan ramai juga yang tidak ada masa untuk memikirkan diri sendiri.

Walaupun setiap orang inginkan kegembiraan, tapi segelintir dari kita semua, tidak berusaha untuk ke arah itu. 

Apa yang saya alami dulu, bergembira dengan orang lain adalah keutamaan, walhal apabila saya melihat diri saya di depan cermin, saya tidak gembira dan tidak puas hati dgn tahap kesihatan saya sendiri.


Salah satu  keseimbangan hidup adalah dengan mempunyai tubuh badan yang sihat. Kesihatan adalah 1 ibadah. Jika tidak bagaimana sahabat2 pada zaman Rasulullah masih boleh berperang, memegang pedang yg berat, menunggang kuda, makan dgn kuantiti sedikit dan tidur hanya beberapa jam shj sepanjang usia mereka? Ini adalah sirah yang biasa kita dgr kan.
Apa alasan kita lagi??

Harini, saya ingin berkongsi bagaimana melakukan senaman yang ringkas hanya mengambil 30 minit 1 sesi.

Sebelum senaman, warm up disarankan:
4-5 minit pertama:
Jalan Setempat 15 saat
Mencangkung @ Squad 10x 
Slow Jog 30 saat
Streching  
(anda boleh memilih rutin yang sesuai mengikut keselesaan masing2)

Seterusnya Cardio:
10-15 minit :
Menari
Ikut jer Youtube ke TV ke..
Anda akan rasa lebih happy.
Disarankan Mium Air 1 ke 2 teguk sebelum ke sesi seterusnya.

Sesi Workout
5 minit   :  
Lompat Bintang 30x
Squad @ Mencangkung 20x
Push Up 10x
Sit Up 10x
Disarankan minum Air 1 ke 2 teguk.

5minit :
Warming Down.
Boleh mula dari kaki hingga ke atas.
Lagi best kalau bukak lagu yang sentimental kann.

Okay, selesai. Cukup 30 minit. Mudah kan nk excersice. Anda perlu singkatkan waktu makan, mandi atau bersolek utk dapatkan 30 minit ini.

Senaman sebegini, jika anda lakukan 3x seminggu, dengan pemakanan seimbang yang anda amalkan, pasti anda akan dapat merasa perubahan yang berlaku pada badan anda. Jika berminat, anda boleh berjumpa dengan saya untuk dapatkan analisa badan secara percuma untuk melihat progress anda disini.

Dulunya, saya sangat stress untuk exercise, kerana waktu itu, kefahaman saya lagi bagus kita exercise lebih dari sejam. Malangnya, berat saya tetap kekal dan tidak dapat turun walaupun 500 gram. Sedih kan?

Jalan yang terbaik, fahami badan kita supaya kekal sihat dan untuk mengelakkan badan kita stress dgn tiba-tiba. Anda mungkin boleh suggestkan kpd bos di tempat kerja anda untuk menyediakan sesi senaman di sana. lebih mudah bukan. Hanya 30minit sudah memadai.

Semoga perkongsian saya ini akan memberi anda idea untuk tingkatkan tahap kesihatan anda bersama teman rapat anda.

Saya juga berbesar hati untuk menjemput anda semua menyertai sesi fitness saya di sekitar kuantan, anda boleh hubungi saya segera. FREE FREE FREE jer.. Its FREE. Yang penting anda perlu free kan masa anda yer.

tq kerana sudi membaca entry saya.

Nak Cantik
Nak Langsing
Nak Sihat
Tanya Cik Wanylahh
0199310786.                     
                            

2 comments: