Monday, 19 January 2015

Keperluan Air (Saya Suka Minum Air)

Tak Boleh ker kalau minum seteguk 2 jer air masak?

Hihi, time dahaga jer saya minum..

Apa sebenarnya fungsi air dalam tubuh badan kita??
Apa yang berlaku jika kekurangan air dalam badan manusia??

Selalu kita dengar bahawa keperluan air dalam tubuh badan manusia ialah 2 litre atau 8 gelas sehari. Ramai orang pernah dengar tentang ni kan, tapi ramai x daripada kita mencapai sukatan ini setiap hari??

Kita perlu memahami keperluan badan kita sendiri, Sbb lain orang lain aktivitinya, lain orang lain tabiatnya. Betul x?? 60% badan kita mengandungi air. Pentingnya air dalam badan kita adalah untuk membuang toksin dari badan kita. Sbb tulah, ada orang selalu pening kepala, sakit perut, badan selalu penat, kaki lenguh2 dan tak larat.. Punca utamanya sebab kurangnya air masak yg kita minum.

Dehidrasi Dan Soalan-soalan Lazim

Dehidrasi merupakan situasi di mana badan kita kekurangan air. Dan ianya boleh memudaratkan kesihatan sekiranya dibiarkan berlarutan. Keadaan pening, keletihan, mudah marah dan bibir kering adalah di antara tanda-tanda yang paling ketara apabila seseorang sedang mengalami dehidrasi tahap pertama. Manakala keadaan yang lebih teruk sehinggakan ke tahap berlakunya kekejangan otot, tekanan darah yang rendah, pengsan, kadar nadi yang lemah disertai dengan pernafasan tercungap-cungapyang boleh membawa kepada serangan penyakit jantung.


Wanita Mengandung & Selepas Bersalin
 X


 √
Amalan pantang selepas bersalin antara sebilangan masyarakat Asia yang menghadkan pengambilan air kerana ianya dipercayai akan mengembangkan sistem peranakan dan urat.
Wanita yang mengandung mengalami laktasi dan memerlukan pengambilan air yang banyak. Pakar kesihatan menyarankan bahawa wanita mengandung patut meningkatkan pengambilan air purata kepada 10 gelas (2.3 liter) sehari.Ibu yang menyusukan anak pula perlu minum sebanyak 13 gelas (3.1 liter) sehari. Pengambilan air seharusnya secara berperingkat dan bukannya sekaligus.
Waktu Puasa
 √
Dehidrasi ketika berpuasa juga sering berlaku dan boleh membuat kita rasa letih dan kurang peka, oleh itu pengambilan air yang mencukupi ketika sahur dan ketika waktu berbuka puasa adalah amat penting.
Demam, muntah & Cirit-birit
 X

 √
Pengambilan air yang banyak sekaligus bagi mengelakkan dehidrasi selepas demam, muntah-muntah atau cirit-birit.
Pengambilan air seharusnya dilakukan secara berperingkat dan berterusan untuk memastikan badan kita tidak mengalami dehidrasi.
Selepas Senaman & Aktiviti Fizikal Lasak
 √
Pengambilan air yang lebih wajar berikutan dengan senaman atau aktiviti fizikal bagi menggantikan air yang telah hilang melalui peluh. Ekstra 600 mililiter air harus diminum terutamanya selepas aktiviti fizikal sederhana. Walaubagaimanapun, keperluan air adalah berbeza bagi setiap individu dan ianya bergantung kepada kuantiti peluh yang telah dihasilkan, jenis, tempoh, dan intensiti senaman yang dilakukan.
Secara umumnya, sebelum melakukan aktiviti kecergasan, sebanyak dua gelas air wajar diminum dahulu supaya ianya menampung peluh yang bakal dihasilkan. Senaman bagi tempoh yang lama atau berterusan memerlukan minuman isotonik untuk menggantikan air dan sodium yang hilang.
Semasa Menaiki Pesawat
 X




 √
Semasa kita berada di ketinggian altitud yang melebihi 2,500 meter boleh mencetuskan pernafasan dan pembuangan air. Kebanyakkan individu seringkali mengabaikan perasaan ini dan berasa bimbang dan malu untuk menggunakan tandas di atas pesawat. Justeru, mereka turut mengurangkan pengambilan air.
Kita seharusnya sentiasa mengutamakan apa yang baik untuk kesihatan dan tidak perlu mengabaikan perasaan untuk menggunakan tandas ketika berada dalam pesawat. Pengambilan air secara normal adalah wajar bagi mengelakkan keadaan dehidrasi

                                                          Rajah ini diambil dari laman web Yayasan Buah Pinggang

Kita perlu mengambil air secukupnya utk tubuh badan kita. Tak bagus apabila kita hanya makan makanan yang tinggi kalori tetapi kurang mengambil air. ini akan menyebabkan buah pinggang kita semakin lemah. Ini fakta, setiap 25kg berat badan kita perlukan 1 litre air. jika berat anda 60 kg=2.5 litre. U can do it and U must believe it!!

Ingat, air masak adalah sumber penting untuk tubuh badan yang sihat. Pernah tak kita tgk orang yg berumur dari kita sakit dan berbaring. Kita akan cakap "biasalah sakit org tua". Betul kan? Please lah, kalau kita tua nnt kita nak ke sakit mcm tu?? InsyaAllah, Jika kita menjaga tubuh badan kita mulai skrg, kita pasti sihat dan bugar. Aminn.

Berapa umur anda sekalipun, kita perlu jaga kesihatan organ dalaman badan kita mulai sekarang. takkanlah kita nak mewarisi sakit sepertimana nenek dan atuk kita, atau maka dan ayah kita kan. Padahal semua tu kita boleh elak jika amalkan Gaya Hidup Yang Sihat dan Aktif.

InsyaAllah, rezeki Allah luas, Kesihatan adalah Rezeki yang sangat penting. Betul kan?.. Pabila kita berusaha, kita sendiri yang dapat.

Nak Cantik, Nak Fitness
Pm sayalah Cik Wany Hasan
0199310786 (wassup @ call)
Im Ur Personal Wellness Coach.

No comments:

Post a Comment