Monday, 19 January 2015

Keperluan Air (Saya Suka Minum Air)

Tak Boleh ker kalau minum seteguk 2 jer air masak?

Hihi, time dahaga jer saya minum..

Apa sebenarnya fungsi air dalam tubuh badan kita??
Apa yang berlaku jika kekurangan air dalam badan manusia??

Selalu kita dengar bahawa keperluan air dalam tubuh badan manusia ialah 2 litre atau 8 gelas sehari. Ramai orang pernah dengar tentang ni kan, tapi ramai x daripada kita mencapai sukatan ini setiap hari??

Kita perlu memahami keperluan badan kita sendiri, Sbb lain orang lain aktivitinya, lain orang lain tabiatnya. Betul x?? 60% badan kita mengandungi air. Pentingnya air dalam badan kita adalah untuk membuang toksin dari badan kita. Sbb tulah, ada orang selalu pening kepala, sakit perut, badan selalu penat, kaki lenguh2 dan tak larat.. Punca utamanya sebab kurangnya air masak yg kita minum.

Dehidrasi Dan Soalan-soalan Lazim

Dehidrasi merupakan situasi di mana badan kita kekurangan air. Dan ianya boleh memudaratkan kesihatan sekiranya dibiarkan berlarutan. Keadaan pening, keletihan, mudah marah dan bibir kering adalah di antara tanda-tanda yang paling ketara apabila seseorang sedang mengalami dehidrasi tahap pertama. Manakala keadaan yang lebih teruk sehinggakan ke tahap berlakunya kekejangan otot, tekanan darah yang rendah, pengsan, kadar nadi yang lemah disertai dengan pernafasan tercungap-cungapyang boleh membawa kepada serangan penyakit jantung.


Wanita Mengandung & Selepas Bersalin
 X


 √
Amalan pantang selepas bersalin antara sebilangan masyarakat Asia yang menghadkan pengambilan air kerana ianya dipercayai akan mengembangkan sistem peranakan dan urat.
Wanita yang mengandung mengalami laktasi dan memerlukan pengambilan air yang banyak. Pakar kesihatan menyarankan bahawa wanita mengandung patut meningkatkan pengambilan air purata kepada 10 gelas (2.3 liter) sehari.Ibu yang menyusukan anak pula perlu minum sebanyak 13 gelas (3.1 liter) sehari. Pengambilan air seharusnya secara berperingkat dan bukannya sekaligus.
Waktu Puasa
 √
Dehidrasi ketika berpuasa juga sering berlaku dan boleh membuat kita rasa letih dan kurang peka, oleh itu pengambilan air yang mencukupi ketika sahur dan ketika waktu berbuka puasa adalah amat penting.
Demam, muntah & Cirit-birit
 X

 √
Pengambilan air yang banyak sekaligus bagi mengelakkan dehidrasi selepas demam, muntah-muntah atau cirit-birit.
Pengambilan air seharusnya dilakukan secara berperingkat dan berterusan untuk memastikan badan kita tidak mengalami dehidrasi.
Selepas Senaman & Aktiviti Fizikal Lasak
 √
Pengambilan air yang lebih wajar berikutan dengan senaman atau aktiviti fizikal bagi menggantikan air yang telah hilang melalui peluh. Ekstra 600 mililiter air harus diminum terutamanya selepas aktiviti fizikal sederhana. Walaubagaimanapun, keperluan air adalah berbeza bagi setiap individu dan ianya bergantung kepada kuantiti peluh yang telah dihasilkan, jenis, tempoh, dan intensiti senaman yang dilakukan.
Secara umumnya, sebelum melakukan aktiviti kecergasan, sebanyak dua gelas air wajar diminum dahulu supaya ianya menampung peluh yang bakal dihasilkan. Senaman bagi tempoh yang lama atau berterusan memerlukan minuman isotonik untuk menggantikan air dan sodium yang hilang.
Semasa Menaiki Pesawat
 X




 √
Semasa kita berada di ketinggian altitud yang melebihi 2,500 meter boleh mencetuskan pernafasan dan pembuangan air. Kebanyakkan individu seringkali mengabaikan perasaan ini dan berasa bimbang dan malu untuk menggunakan tandas di atas pesawat. Justeru, mereka turut mengurangkan pengambilan air.
Kita seharusnya sentiasa mengutamakan apa yang baik untuk kesihatan dan tidak perlu mengabaikan perasaan untuk menggunakan tandas ketika berada dalam pesawat. Pengambilan air secara normal adalah wajar bagi mengelakkan keadaan dehidrasi

                                                          Rajah ini diambil dari laman web Yayasan Buah Pinggang

Kita perlu mengambil air secukupnya utk tubuh badan kita. Tak bagus apabila kita hanya makan makanan yang tinggi kalori tetapi kurang mengambil air. ini akan menyebabkan buah pinggang kita semakin lemah. Ini fakta, setiap 25kg berat badan kita perlukan 1 litre air. jika berat anda 60 kg=2.5 litre. U can do it and U must believe it!!

Ingat, air masak adalah sumber penting untuk tubuh badan yang sihat. Pernah tak kita tgk orang yg berumur dari kita sakit dan berbaring. Kita akan cakap "biasalah sakit org tua". Betul kan? Please lah, kalau kita tua nnt kita nak ke sakit mcm tu?? InsyaAllah, Jika kita menjaga tubuh badan kita mulai skrg, kita pasti sihat dan bugar. Aminn.

Berapa umur anda sekalipun, kita perlu jaga kesihatan organ dalaman badan kita mulai sekarang. takkanlah kita nak mewarisi sakit sepertimana nenek dan atuk kita, atau maka dan ayah kita kan. Padahal semua tu kita boleh elak jika amalkan Gaya Hidup Yang Sihat dan Aktif.

InsyaAllah, rezeki Allah luas, Kesihatan adalah Rezeki yang sangat penting. Betul kan?.. Pabila kita berusaha, kita sendiri yang dapat.

Nak Cantik, Nak Fitness
Pm sayalah Cik Wany Hasan
0199310786 (wassup @ call)
Im Ur Personal Wellness Coach.

3 Tahun Sebelum Aku Kenal Herbalife (Fasa 2)

Bismillah..

Terima kasih, kerana sudi luangkan masa utk aku share tentang Lifestyle aku dgn Herbalife.

Alhamdulillah, dah lama sgt xupdate, nak citer tentang apa yang aku buat selepas dapat hasil fizikal dan kesihatan aku. Aku suka hidup aktif dan bebas, buat sesuatu kerja yang akan menerujakan aku. Yang ni pun, aku belajar dalam Akademi Herbalife. Untuk menarik kegembiraan dalam hidup kita, kita dulu yang perlu gembira dgn setiap apa yang kita lakukan... Amin Ya Rabb..

Okay, permulaannya aku dah mula fokus dan teruja jadi Fitness Coach Herbalife. Bermula bulan puasa 2013, aku dan team dah wat program RBTC (Ramadhan Body Transform Challenge). Kami ambil gambar peserta, kami lakukan Analisis Badan kepada mereka. So, pada Malam Perasmian, kami raikan mereka semua. Hampir 100 orang yang menyertai kami. WOW!!!

Atul, salah seorang peserta yg tekad
utk Turun Berat Badan
Haa.... dorang ni hebat2 tau. 2 orang diantara mereka,
dh dpt hasil, then dorang terus bukak fitness sendiri. Hebat kan.
Tadaa.. Atul dh dpt hasil. Baju Raya 2014 Saiz S tau.
Tahniah Atul!!!

Alhamdulillah, dalam masa yang sama aku sentiasa dapat penghargaan dan sertai jurulatih aku pergi belajar sambil melancong dengan hasil usaha sendiri. Kami juga selalu meraikan kejayaan kami dengan buat Majlis Makan Malam Bertema.. Siapa xsuka makan??? ha.. Makan mewah sekali sekala, bukan hari2.. So, jom raikan diri kita.. hihi..
Ini antara Majlis Makan Malam Bersama Jurulatih
Kebugaran Herbalife yang lain..

Ini antara 2 negara yg dah aku jejaki.. Alhamdulillah.

Alhamdulillah.. tq Allah, tq Herbalife.. Aku dapat pergi melancong paling kurang 2x setahun. Untuk tahun 2015, belum tahu tempatnya dimana. Memang betul, ilmu Allah luas, setiap perkara yang kita lihat di tempat yang baru akan beri keyakinan yg mendalam utk diri kita sendiri.

Jika ada peluang, jom melancong bersama kami. ( Terfikir sejenak, untuk aku melancong ke Makkah suatu hari nnt bersama My Parents menunaikan haji bersama. Aminn Ya Rabb, pasti hari itu akan tiba)

Sekarang aku fokus pada Sesi Fitness. antaranya :
1. Naik Bukit Pelindung.
2. Running di Taman Bandar, Kuantan (Nak capai target 5km).
3. Fit Hour bersama Rakan2 Kelab Nutrisi di Taman Bandar.
4. Fit Hour bersama suri2 rumah di Chengal Lempong, Balok Kuantan.
5. Setiap 24hb, Korporat Herbalife akan buat Herbalife 24. (TERBUKA UNTUK SEMUA)

Kalau korang sudi nengok, ni gmbr2 aktvt aku skrg..
Ini Team Viper, memang fokus untuk High Intensity Workout.

Sangat fun dgn semua rakan2 baru kami.

Untuk semua peringkat umur..

Ini Korporat sediakan. Aloe + tea Free Flow.. Setiap 24hb.

Best x korang?. Ini lah Healthy Active Lifestyle yang aku impikan. So simple, So Fun and So Magical bcoz im in 1 big family. Disinilah aku dapat sokongan dan beri sokongan.

Anda boleh sertai mana2 sesi yg anda suka. Utk kesihatan yang berpanjangan, ingat formula ni.
80% Nutrisi + 20% Workout = 100% Healthy and Fitness.

Okay semua..
Tq kerana luangkan masa untuk membaca.
Salam Kasih Sayang,
Wany Hasan
Im Your Personal Wellness Coach
019930786 (Wassup @ Call)
Wany Hasan(FB)




Tuesday, 6 January 2015

3 Tahun Sebelum Aku Kenal Herbalife (Fasa 1)

Assalamualaikum w.b.t semua para pembaca.

Do u still remember?? Korang ingat lagi tak perjalanan hidup korang 1 thn lepas?  3 thn lps?  

"malas nak ingat la"

"ntah, ada apa thn lepas? "

"mestilah ingat, aku kan baru kawin"


Hmmm tak kisahlah, macam2 terlintas di fikiran kita. Betul x? Tahniah kpd korang yg rasa happy dan suka bila terkenangkan perjalanan korang 1 ke 3 thn yg lepas. tapi bg siapa yg rasa xtenang, sedih dan kecewa no problem, bagi diri anda peluang dan ruang utk buat yg lebih baik. BERI PELUANG !! 

Ok, sekarang aku nak cerita kisah 3 thn yg lepas sblm aku kenal dgn Keluarga Herbalife. Yes, byk cabaran, tapi aku rasa berbaloi.. Aku Membangunkan Keyakinan dan Tahap Kematangan Diri aku. tq Allah, tq Herbalife. 

Tadaaa...

Haa, amik kau.... ni ogos 2011.
Aku n dila( kwn diploma KIPSAS dulu).
Waktu ni aku 86kg lah.
Nampak x, memang tembun kan, pipi tembam. Sebab apa? Aku suka mengunyah, walaupun aku nk kurus. 

Apa yang aku buat, aku xmakan nasi, aku mkn kuih muih yg berjenis2 JERR.. Emmm sedapp sgt. Waktu ni juga aku xsuka minum air, takut kerap ke bilik air. Air masak xsuka, air manis pon kurang minum.  Tghari mkn skit je, pstu terus ngantuk, bangun dr tido tu, badan jadi lemah kan. So, aku g lah cari ABC ke apa bg segar blk badan (konon2 jelah, segar tang mana xtau)  AKIBATNYA, BEGINILAH RUPA PARAS DAN GAYA HIDUP AKU YANG DULU = 86 KG

Alhamdulillah.. Julai 2011 aku dijemput oleh kawan aku ke Kelab Nutrisi di Kompleks Teruntum, Kuantan. Aku ganti nutrisi Herbalife ni sbg mkn malam selama 4 hari jer.. Sbb apa, mahal.. aku pun berenti selama 6 bulan. Haha, sbb tu gambar kt atas tu aku xkurus2 lagi, sbb minum 4 hari, memang la xjadi mende kann.

Disember 2011, Ayah pada kwn aku tu belanja aku minum nutrisi, rupanya dorg sekeluarga teruskan amal Nutrisi Herbalife ni selepas aku berhenti bulan julai 2011 dulu. Hebat dorg.. Selepas hari tu, aku rasa inilah peluang utk aku berubah, Aku teruskan ganti mkn mlm aku dgn Nutrisi Herbalife. Harga dia tetap sama, tp aku blh berjimat sebenarnya, sbb aku dh xbeli supplement yg berbagai2 dekat farmasi.. Lagi murah belanja bulanan aku, lagi cantik badan aku slps tu.. 

Aku teruskan ke Kelab Nutrisi, layanan, kasih sayang, senyuman dorang sangat ikhlas dgn aku waktu tu. Aku rasa lebih yakin, aku rasa happy dan dpt berkawan dgn semua kawan@coach di Kelab Nutrisi. Tq Allah, Tq Kelab Nutrisi. 

15 Disember 2011 aku jadi Member Herbalife. Aku part time2 jer. sbb aku masih bekerja di Syarikat Terapi Elektrostatik waktu ni. Aku pun selalu sertai dorang pergi ke setiap Training Herbalife yang ada.. 

Bulan May aku ambil cuti tanpa gaji selama sebulan, sbb aku nk ikut coach aku g training seminggu ke Singapore. Bestlah, Melancong dapat dan Ilmu pun bertambah..

Ini antara Training yang aku pegi,
dgn kawan2 baru di Herbalife Kuantan.
Balik dr event Singapore tu, aku buat keputusan utk Full Time. So aku bg tau kwn2 keje aku.. Yang ini gambar aku n kwn2 keje.. Walaupun keje kami ni relax dan syiok tapi aku xnampak future aku kt sini. Selamat tinggal kawan2.. Korang memang happening, bab2 gelak sakan memang korang expert.
Masa ni dah 4 bulan Tukar Tabiat Makan dgn Herbalife.
 Dah kecik skit kan..
Then, Alhamdulillah aku fokus utk dapatkan makan lebih murah dgn Herbalife. Aku pun bekerja bantu orang lain jadi sihat dgn didik mereka ubah tabiat makan. Yeay, aku jadi Supervisor!!!

Alhamdulillah, Kami semua bekerja keras,
 then kami dah dapat makan Herbalife lebih murah. YES!!

So, selepas itu hidup aku berubah 360 darjah. Alhamdulillah, Mak Ayah aku pun memang suka sarapan pagi dgn Nutrisi Herbalife. aku lebih excited sbb mak ayah consumer yg terbaik Herbalife. hihi. Lagi senang aku nak teruskan misi ni, sbb Mak Abah aku suka Herbalife. Aku pun terus tambahkan aktiviti utk diri aku n team iaitu Fitness Session. 






Haa.. So Alhamdulillah ni lah hasil usaha, aku jaga badan aku. tadaaa


Alhamdulillah... Dulu Berat 86kg, aku belajar macam mana nk sayangkan badan aku ni. Barulah rasa seronok nk amal pemakanan yg seimbang kan. xdelah rasa stress.. Im so Happy. Tq Allah, Tq Nutrisi Herbalife. 

Apabila dh stahun in bisnes, kami dpt reward kasih sayang dr sponsor @ sahabat baik kami. Hisham ni lah jemput aku g kelab Nutrisi dulu. Dialah yg jemput kami bertiga, tqtq Hisham yg comel.. Dorang pernah tumpangkan kereta utk aku ke Training Mingguan sebab waktu tu aku br lepas excident, So fobialah nak bawak kete. tqtqtq korang. Moga Allah merahmati hidup kita semua.

Nilah geng2 aku yg sanggup berpanas berhujan,
 kami edar flyers, kami wat walk n talk..

Alhamdulillah... Habis Fasa 1.. Tahun Pertama yang sangat enjoy.. Baru nk mengenali hidup berdikari dengan mempunyai matlamat yang pasti akan aku capai.. Fasa 2, aku akan share tentang Bagaimana Aku bantu beri inspirasi pada kawan2 yang nak buat perubahan minda dan fizikal dan dimana lagi aku pergi melancong..  

tqtqtq...  Semoga Kami Semua didalam PilihanMu Ya Allah..